Friday 1 March 2013

TERBARU: Manual Fasilitator Program Pencegahan Dadah Berdasarkan Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran-Terapi Kognitif-Tingkahlaku (PCP-TKT) adalah modul terkini dan inovatif dalam program pencegahan dadah di Malaysia. Modul ini berasaskan Model ABC dalam Terapi Kognitif-Tingkahlaku yang berkesan mengubah corak pemikiran, persepsi dan seterusnya memberi nilai dan definisi baru kepada pemikiran, tingkahlaku dan emosi individu agar lebih berfungsi serta berkesan dalam kehidupan. Manual fasilitator ini digubal bagi kegunaan para fasilitator yang terdiri daripada kaunselor, psikologis, guru, rakan sebaya atau ibu bapa dalam menjalankan program pencegahan dadah yang efektif dan dinamik. Tempahan dan permintaan latihan hubungi saya...DR MOHAMMAD AZIZ SHAH


TERBARU: Nota dan Aktiviti Kendiri Program Pencegahan Dadah Berdasarkan Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran-Terapi Kognitif-Tingkahlaku (PCP-TKT) ini adalah edisi khas bagi kegunaan peserta. Edisi peserta ini digubal bagi membantu para peserta program pencegahan dadah memahami Modul PCP-TKT yang berasaskan Model ABC dalam Terapi Kognitif-Tingkahlaku secara mudah dan praktis. Justeru, dalam edisi ini pelbagai nota, latihan aktiviti kendiri dan kajian kes disediakan secara menarik bagi membantu para peserta program mengubah corak pemikiran, persepsi dan seterusnya memberi nilai dan definisi baru kepada pemikiran, tingkahlaku dan emosi individu agar lebih berfungsi serta berkesan dalam kehidupan. Tempahan dan permintaan latihan hubungi saya....DR MOHAMMAD AZIZ SHAH


Manual Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran-Terapi Konitif-Tingkahlaku: Edisi Pelajar ini adalah suatu modul terkini dan inovatif dalam pembangunan belia di Malaysia. Ini disokong dengan dapatan daripada kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara akan keberkesanan program-program intervensi berasaskan pendekatan Terapi Kognitif-Tingkahlaku dalam mengubah corak pemikiran, persepsi dan seterusnya memberi nilai dan definisi baru kepada pemikiran dan tingkahlaku individu untuk lebih berfungsi dan berkesan dalam kehidupan.....DR MOHAMMAD AZIZ SHAH


Manual Fasilitator Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran-Terapi Konitif-Tingkahlaku ini adalah suatu modul terkini dan inovatif dalam pembangunan belia di Malaysia. Ini disokong dengan dapatan daripada kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara akan keberkesanan program-program intervensi berasaskan pendekatan Terapi Kognitif-Tingkahlaku dalam mengubah corak pemikiran, persepsi dan seterusnya memberi nilai dan definisi baru kepada pemikiran dan tingkahlaku individu untuk lebih berfungsi dan berkesan dalam kehidupan.... .DR MOHAMMAD AZIZ SHAH