Tuesday 28 January 2014

Perasaan negatif KECEWA dan MALU boleh ditangani dengan pemikiran rasional - PM Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip


BERKONGSI 10 PANDUAN MENJADI IBU BAPA TERBAIK

1. PANGGIL ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK 
Panggilan yang baik mempengaruhi perwatakan dan kelakuan anak-anak. 

2. DIDIK DENGAN PENUH KASIH SAYANG 
Kasih sayang membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri 
apabila berhadapan dengan persekitaran. 

3. KEMARAHAN PERLU DIKAWAL
Kemarahan tidak dikawal menjadikan anak-anak berasa takut, menjauhkan diri
dan mungkin menjadi mangsa.

4. BERIKAN PENGHARGAAN
Penghargaan dapat menjadi motivasi bagi anak-anak melakukan yang terbaik.

5. DENGARLAH CERITA ANAK-ANAK
Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat
menyenangkan. Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

6. TENANGKAN ANAK-ANAK SETIAP KALI MEREKA MEMERLUKANNYA
Apabila anak-anak berasa sedih, marah, kecewa dan menyesal tunjukkan
kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan
penyelesainya.

7. MENGAJAR ANAK-ANAK LEBIH DARI SEKALI
Apabila anak-anak bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali ia
adalah proses pembelajaran.

8. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Masa yang diluangkan akan menjadikan anak-anak merasa mereka penting
dalam hidup dan mengeratkan perhubungan.

9. ANAK-ANAK INGIN MENARIK PERHATIAN
Dengarilah tangisan dan kemarahan mereka kerana ia adalah cara untuk
mewujudkan hubungan yang rapat antara ibu bapa dan anak.

10. JANGAN MEMBAWA BEBANAN KERJA KE RUMAH
Utamakanlah keluarga dan anak-anak ketika berada di rumah.

Nukilan: PM Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip